Dalam HAQ. Tiadalah istilah berlembut,berlembut pada yang melawan HAQ samalah dengan dayus.

Selasa, Februari 02, 2010

Memoir 'FINAL'

Februari ini, aku dan rakan2 CFS aakan menghadapi 'final'. tidak sampai 2 minggu dari perkaatan ini ditaip, 'final' akan muncul.

Dan ia akan tamat pada minggu terakhir Februari.

Pada ini, ku mohan kalian mendoakan aku kejayaan.

Ku juga ingin meminta maf pada seorang insan Hawa, " mafkan diri ini kerana tidak di sisimu pada hari keraian ulang tahun mu". Mafkan aku kerana sibuk pada ' final'.

Doaku pada rakan agar kejayaan milikmu.

Aku akan menyendiri dari maya dalam Februari ini.

Ashcroftstylus Az akan beruzlah sementara.

Read more...

Sabtu, Januari 30, 2010

Nasihat Cinta Ke Inboxku......

Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya semata-mata.

Tetapi ia adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan & tanggungjawab.

Perang melawan nafsu sebenarnya lebih kecil berbanding melawan dugaan selepas berumahtangga.

Jika daya tahan dirimu masih lemah menahan nafsu, adakah mampu kamu menahan dugaan dalam membina rumahtangga, memimpin keluarga & menjadi pembentuk manusia.

Usah mencari solehah sebelum menjadi soleh.

Read more...

Sabtu, Januari 23, 2010

Kasih Sayang Membentuk Adab

Assalamualaikum dan salam kesihatan saya berikan kepada pembaca huruf2 ini.

Ada ulamak berkata, "Asas dakwah kita adalah KASIH SAYANG"

Ada faham?

Baik, cuba kita letakkan diri kita pada situasi seorang daie, mungkin ada yang terbayang betapa susahnya mereka untuk bersama mad'u mereka. Sebenarnya, ada satu kuasa iaitu, kuasa niat, bila kita niat kasih dan sayangkan pada semua manusia, percayalah, kita tidak akan merasa susah, malah berasa gembira kerana diberikan ALLAH nikmat tersebut.

Mari kita lihat konsep kasih sayang ini daripada sudut lain, sudut ukhuwwah sebagai contoh.
Dalam berukuwwah, atau berkawan atau bersahabat, semestinya kita tidak akan terlepas daripada berkomunikasi. Biasanya, kegagalan berkomunikasi ini akan menyebabkan berlakunya porak-peranda antara dua individu. Sebagai contoh, suami isteri yang gagal memahami satu sama lain, mereka semestinya hidup dalam keadaan tidak tenang atau pun selalu bermasalah, akhirnya gelombang masalah itu merebak kepada anak2, jiran2 dan menyebabkan orang sekeliling mereka tidak senang kepada mereka.

KONSEP NIAT

Niat, suatu yang mudah dilakukan tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak pandai untuk melakukannya, lihat sahajalah berapa ramai yang susah untuk bertakbir di awal solat akibat was-was. Was-was iyu berlaku kerana mereka seperti tidak niat dengan betul dipermulaan solat. Saya masih ingat lagi, dalam bab Akhlak semasa di Maahad Muhammadi Lil-Banin, tempat niat adalah di hati, maknana niat itu hanyalah sekadar lintasan di hati berkenaan melakukan sesuatu perkara.

Baik, jika kita berniat untuk berkasih sayang kepada semua manusia, kita akan merasa apa2 sahaja yang beraku di sekeliling kita sebenarnya adalah unik. Satu ketika dahulu, saya amat benci kepada seseorang itu, kerana dia selalu sahaja menyakiti sahaya dengan mulutnya. Namun, selepas mendengar tazkirah2, ceramah2 agama, baik di masjid DQ, di Jalan Dato' Pati, saya semakin mengerti akan makna niat kasih sayang itu. Alhamdulillah sekarang saya boleh menerima kutukan kawan saya itu.

Apa yang menjadi masalah antara kami dahulu adalah, kegagalan saya untuk berpositif akan apa yang diucapkan oleh kawan saya. Memang saya akui, cara kawan saya menegur saya amat kasar 'direct to the point', akan tetapi dengan niat kasih sayang, saya mendapati bahawa teguran kawan saya itu adalah teguran ikhlas dari hati dia kepada hati saya. Disebabkan dahulu hati saya berprasangka negatif kepada dia, maka sia2 sahaja tegurannya. Namun sekarang, saya semakin selesa menerima teguran rakan2, baik kenalan baru atau yang lama.

UKHUWWAH

Begitulah juga dalam berukhuwwah, kita tidak dapat tidak akan menghadapi masalah komunikasi, yang pentingnya sejauh mana kita cuba bersangka bauk pada sahabat kita, sejauh mana kita berlapang dada. Apabila kita kita diherdik, dimarah, sepatutnya kita bersabar dan cuba kita fikir, kenapa sahabat kita marahkan kita, boleh jadi kita yang silap, boleh jadi 'mood' dia tidak baik phada hari tu, boleh jadi juga dia adaa maaslah besar yang dihadapi.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, doanya kepada Dato' Seri Mohd Najib, jika dilihat seperti yang telah saya katakan diatas, doa tersebut merupakan doa kasih sayang Tuan Guru kepada Dato' Seri. Ini menunjukkan pengharapan TG kepada DS supaya DS berubah kepada lebih baik, menjadi pemimpin yang diagungkan masyarakat dan disayangi ALLAH.

ADAB

Adab adalah penting dalam kehidupan seseorang, tanpa adab, seseorang individu itu dilihat tidak berguna walaupun di dalam kepalanya cair buku2 tebal kuliah. Begitulah jika kita beradab, kita akan dilihat berguna, sedap mata memandang walaupun kita tidaklah hebat seperti profesor2 di universiti. Jika kita telah berniat untuk berkasih sayang dalam pergaulan seharian, secara automatiknya, jasad kita akan bekerja ke arah itu, kita secara tanpa kawalan akan berlemah lembut dalam bergaul, menjaga kata2 dalam berka-kata.

PENUTUP

Di sini saya menyeru kepada sahabat2 pembaca sekalian, marilah kita berniat untuk kasih sayang kepasa semua manusia dalam muamalat kita seharian. Selain itu, cubalah kita bersikap positif akan takdir yang berlaku, dan juga bersangka baiklah dengan orang sekeliling. Tetapi ingat, muslim itu ada akal yang bijak, akal yang menjadi perisai. Oleh itu, dalam berpositif, jangan kita lupa untuk berpositif terhadap perkara2 yang buruk yang mungkin akan berlaku. Apa yang saya mahu katakan, dalam hidup kita ini, berhati-hatilah dan bersyukur kerana apa yang kita sangkakan nikmat itu, boleh jadi bala kepada kita.

Read more...

Isnin, Januari 18, 2010

Isu Kalimah ALLAH......

Saya ada satu gambar,

dan ini linknya...


http://2.bp.blogspot.com/_hMSZjYdu-BE/S03Xn_WHdUI/AAAAAAAAB7o/gaJgsjDlLs4/s1600-h/believing+chinese.jpg


biarkanlah potret ini menceritakan segalanya sejujurnya.


Saranan saya,

1. Kepada yang dihormati Perdana Menteri, dalam hal ini, jgnlah kita meremeh temeh. Lihatlah sejarah agama Kristian di Mesir dan Indonesia. Fikirlah, kenapa mereka menyerang negara islam, kenapa tidak pula kristian di negara mereka berkuasa yang sibuk akan hal ini.

2. Kepada rakan mahasiswa, terutama sekali di Selangor, ingatkah kalian akan perkara apa yang disentuh khatib2 di selangor pada 8 jan lalu......hayatilah balik kata2 khatib itu.......

Read more...

Ahad, Januari 17, 2010

Seruan Buat Pro-M : HAPUSKAN E-VOTING

salam sejahtera dan salam semangt buat pendokong dan penyokong perjuangan mahasiswa.

Setakat ini, setakat perkataan ini ditaip, hanya 129 org yang menandatangani petisyen yang membantah sistem E-UNDI, iaitu pengiraan undi di secara elektronik.

Sebenarnya dan sejujurnya, saya amat2 terkilan, rata2 penyokong Pro-M adalah melebihi 10,000, tetapi kenapa hanya 129 baru menandatangani petisyen ini, sepatutnya kita sebagai mahasiswa lebih progresif berkenaan perkara ini.

Jgnlah jadi mahasiswa yang penakut yang tiada sistem.

Oleh itu saya menyeru kepada rakan2 blogger, khususnya yang masih lagi menuntut di IPTA mahupun IPTS, sama2 bekerja keras untuk ini, anda hanya perlu klik dan taip beberapa perkara sahaja.

Klik disini....

Sekian.....

Read more...

Ideological Battle at AMF Tonight

A Forum from today's oustanding panelis.


Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
http://rausyanfikir.com










Muhamad Syaari bin Ab. Rahman

Read more...

Sabtu, Januari 16, 2010

Sajak : DIA Jawapannya

Wahai Dunia,
Wahai Manusia,
Hatiku keruh dilanda derita,
Kempunankan fakta untuk merungkai,
Segala derita, bisa di jiwa,
Kerana ku juga ada perasaan,
Perasaaan yang mahu akan bahagia, aman dan damai.

Mengapa?
Kenapa?
Mengapa dan kenapa ku mahukan itu semua?
Kerana,
Aku manusia wahai Dunia,
Aku juga seperti kamu wahai Manusia,
Yang mahikan bahagia, aman dan damai.

Namun,
Telah lama ku merintih pada Dunia dan Manusia,
Ku bertanya,
Kenapa ku masih yang lama?
Hatiku makin kelam dalam kelukaan,
Masih samar dalam menyangka,
Pahit terasa memakan jiwa,
Ku bertanya lagi,
Adakah hati dan jiwaku keruh dan kotor?
Kenapaku tidak berupaya melawan asakan yang melanda?
Dibiar makin bernanah,
Dilawan makin berbisa,
Adakah ini dek cintaku pada Dunia dan Manusia sia-sia?
Adakah cintaku itu membuatku lari dari cinta yang sebenar?
Manakah penawar?
Manakah penawar sebenar?
Ku akan menunggu.

Akhirnya,
Ku temu jua akan jalannya,
Jalan yang akan merungkai segala derita,
Di jalan itu juga adanya penawar,
Menjadikanku tenang menempuh ujian,
Matang dalam bertindak,
Ia juga membersihkan jiwa,
Menghilangkan karat-karat hati,
Ku juga rasa dekat akan Pencipta,
Tempat selayaknya untukku merintih, merayu dan meminta,
Kerana Dunia dan Manusia juga dicipta.

Mulai saat itu,
Ku tenang hadapi ujian,
Kesulitan ku rasa senang dihadapi,
Lalu kebahagiaan datang.

Dan,
Ku akan terus di jalan itu.

Read more...

Selasa, Januari 12, 2010

Gerhana Matahari Cincin di Petaling Jaya




Gerhana matahari cincin

•Tarikh : 15 Januari 2010
•Waktu mula : 01.13 petang
•Waktu tamat : 04.59 petang
•Lokasi : Seluruh Malaysia
•Cara cerapan : Menggunakan penapis(filter)

Bagi rakyat semenanjung Malaysia,
anda bolehlah berkumpul di Planetarium Negara pada selepas solat jumaat.

Untuk maklumat lanjut, sila ziarahi link di bawah ini......

FALAK-ONLINE

ASTROMAS 2020

Read more...

MANSUHKAN E-VOTING


BANTAH menyeru semua mahasiswa untuk menandatangani petisyen Mansuhkan E-Voting
referendum ini akan dihantarkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Bersama mengembalikan Demokrasi Kampus.

Klik di sini

Read more...

  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP